Saturday, 23 June 2012

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG LAMBAK, KLUANG.

Kesuruhan perjalanan ke puncak sepanjang 2 km yang mengambil masa 1 setengah hingga 2 jam. Pendakian bermula dari laluan bersimen sepanjang 500 meter bersebelahan Gunung Lambak Water Park. Kemudian pendaki akan masuk ke trek hutan yang terletak di sebelah kiri air terjun kecil. Trek agak curam pada setengah jam pertama pendakian. Terdapat tangga dan tali disediakan bagi memudahkan pendakian. Kemudian trek akan landai semula hingga anda tiba di satu kawasan untuk berkhemah. Di situ terdapat paip air, sebuah kolam mandi, bangku dan pondok rehat. Kemudahan untuk BBQ juga disediakan. 1000 kaki terakhir sebelum tiba puncak, pendaki akan melalui trek yang begitu curam atau trek pacak. Terdapat tali disediakan di tempat-tempat yang sukar. Laluan mempunyai kecuraman antara 70 hingga 85 darjah. Puncak Gunung Lambak agak luas boleh memuatkan hingga 10 khemah. Dari atas gunung pendaki boleh menyaksikan pemandangan arah utara dan timur. Gunung Tiong dan Gunung Bekok juga boleh dilihat sekiranya cuaca baik.





Bergambar sementara menunggu ahli lain tiba.



Inilah Muhd Adib Izuddin B Saharudin  berumur 9 tahun yang telah berjaya menawan Puncak Gunung Lambak.



Mustafa, jurupandu,
jurulatih merangkap
motivator kita untuk
menjalankan ekspedisi ini.





                      Mus dah tak sabar mendaki




Buat streching dan warming up sebelum memulakan pendakian.




                                   masing2 teruja ..






Mus da Adib dah ke depan... jauh meninggalkan kita ......good stamina.



Sempat bergambar
masa ni dah terasa
 sangat cabarannya
 mendaki gunung.




Berhenti rehat...dan memberi perangsang kepada Adib supaya meneruskan perjalanan ke puncak..







Inilah check point 1...ada 1000 kaki lagi ke puncak........