EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG LAMBAK, KLUANG.
Kesuruhan perjalanan ke puncak
sepanjang 2 km yang mengambil masa 1 setengah hingga 2 jam. Pendakian
bermula dari laluan bersimen sepanjang 500 meter bersebelahan Gunung
Lambak Water Park. Kemudian pendaki akan masuk ke trek hutan yang
terletak di sebelah kiri air terjun kecil. Trek agak curam pada
setengah jam pertama pendakian. Terdapat tangga dan tali disediakan
bagi memudahkan pendakian. Kemudian trek akan landai semula hingga anda
tiba di satu kawasan untuk berkhemah. Di situ terdapat paip air, sebuah
kolam mandi, bangku dan pondok rehat. Kemudahan untuk BBQ juga
disediakan. 1000 kaki terakhir sebelum tiba puncak, pendaki akan
melalui trek yang begitu curam atau trek pacak. Terdapat tali
disediakan di tempat-tempat yang sukar. Laluan mempunyai kecuraman
antara 70 hingga 85 darjah. Puncak Gunung Lambak agak luas boleh
memuatkan hingga 10 khemah. Dari atas gunung pendaki boleh menyaksikan
pemandangan arah utara dan timur. Gunung Tiong dan Gunung Bekok juga
boleh dilihat sekiranya cuaca baik.
Bergambar sementara menunggu ahli lain tiba.
Inilah Muhd Adib Izuddin B Saharudin berumur 9 tahun yang telah berjaya menawan Puncak Gunung Lambak.
Mustafa, jurupandu,
jurulatih merangkap
motivator kita untuk
menjalankan ekspedisi ini.
Mus dah tak sabar mendaki
Buat streching dan warming up sebelum memulakan pendakian.
masing2 teruja ..
Mus da Adib dah ke depan... jauh meninggalkan kita ......good stamina.
Sempat bergambar
masa ni dah terasa
sangat cabarannya
mendaki gunung.
Berhenti rehat...dan memberi perangsang kepada Adib supaya meneruskan perjalanan ke puncak..
Inilah check point 1...ada 1000 kaki lagi ke puncak........
No comments:
Post a Comment