Seringkali anak remaja yang telah melakukan kesilapan dipinggirkan oleh ahli keluarga, dicerca dan dimaki, sentiasa dicari kesalahan yang baru meski pun remaja tersebut berjanji tidak akan mengulanginya..
Pernahkah anda sebagai orang yang lebih dewasa mengajak anak-anak ini berbincang apa yang mereka inginkan dalam hidup mereka. Apa yang menjadi masalah mereka dan apa yang membuat mereka bertindak sedemikian rupa selama ini. Pernahkah anda sebagai ibu bapa memeluk dan merangkul mereka ketika mereka berdepan dengan masalah kawan-kawan di sekolah, bebanan kerja sekolah yang banyak, aktiviti yang padat di sekolah atau kurang fahamnya mereka terhadap pelajaran mereka. Ibu bapa perlu mencari masa untuk mendengar masalah mereka.Ajak mereka bersembang dan berkongsi aktiviti harian mereka.Remaja akan rasa lebih dihargai. Berdasarkan penelitian. Keluarga yang sering makan bersama, 75% anak mereka cenderung mengelak daripada melakukan tingkahlaku berisiko. Ayuh dekati remaja.....jangan memusuhi mereka..........
No comments:
Post a Comment