Tuesday, 4 June 2013

Roti Jala dan Kari Ayam

Roti Jala

Cuti sekolah  selama 2 minggu memberi peluang saya untuk ke dapur dan mengasah semula bakat memasak yang dah lama ditinggalkan kerana kesibukan kerja di sekolah. Salah satunya menyediakan sarapan pagi untuk ahli keluarga. Walau pun saya dalam tempoh berdiet..(kononnya)cuma makan 3 gulung roti jala..tapi hati puas dapat menyediakan hidangan untuk keluarga..

Inilah hasil menjala untuk hari ini..ramai yang terpegun dengan gabungan warna biru dan kuning yang membangkitkan rasa terliur ...jom kita layan serba sedikit cara membuatnya
Anda boleh sahaja menggunakan kreativiti sendiri untuk mencorakka
n roti jala tersebut..







Siapa lagi yang tukang perhabiskan semua makanan di rumah  saya kalau bukan Adib..tapi seronok bila tengok apa yang kita sediakan dinikmati oleh orang lain dengan seleranya..
                                                                                                                                                                   
                                                                                                         

Diturunkan resepi mudah untuk membuat roti jala ini..




ROTI JALA
By: Lynn
Rujukan : My Resepi

Bahan-bahan ~ Anggaran 10-15 orang.
450g tepung gandum
450 ml susu segar 
3 biji telur ~ di pukul sedikit  
450 ml air ~ sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air 
2 camb mentega cair 
minyak untuk melenser 
acuan roti jala
Cara-cara
Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.
Buatkan lubang di tengahnya.
Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel.
Tapis dengan penapis halus.
Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus. 
Ketepikan adunan selama 20-30 minit. 
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana.
Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan. 
Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala. 
Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali.
Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala.
Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan. 
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan.
Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan. 

Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.