Cuti sekolah selama 2 minggu memberi peluang saya untuk ke dapur dan mengasah semula bakat memasak yang dah lama ditinggalkan kerana kesibukan kerja di sekolah. Salah satunya menyediakan sarapan pagi untuk ahli keluarga. Walau pun saya dalam tempoh berdiet..(kononnya)cuma makan 3 gulung roti jala..tapi hati puas dapat menyediakan hidangan untuk keluarga..
Inilah hasil menjala untuk hari ini..ramai yang terpegun dengan gabungan warna biru dan kuning yang membangkitkan rasa terliur ...jom kita layan serba sedikit cara membuatnya
Anda boleh sahaja menggunakan kreativiti sendiri untuk mencorakka
n roti jala tersebut..
Siapa lagi yang tukang perhabiskan semua makanan di rumah saya kalau bukan Adib..tapi seronok bila tengok apa yang kita sediakan dinikmati oleh orang lain dengan seleranya..
Diturunkan resepi mudah untuk membuat roti jala ini..
ROTI
JALA
By:
Lynn
Rujukan
: My Resepi
Bahan-bahan
~ Anggaran 10-15 orang.
450g
tepung gandum
450
ml susu segar
3
biji telur ~ di pukul sedikit
450
ml air ~ sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan
sedikit air
2
camb mentega cair
minyak
untuk melenser
acuan
roti jala
Cara-cara
Ayak
tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.
Buatkan
lubang di tengahnya.
Tuangkan
susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya.
Gunakan
pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.
Masukkan
baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel.
Tapis
dengan penapis halus.
Untuk
lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
Ketepikan
adunan selama 20-30 minit.
Panaskan
kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana.
Kemudian
lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
Kacau
dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
Bermula
dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali.
Terus
memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala.
Jangan
buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal.
Biarkan
masak tetapi jangan sampai keperangan.
Angkat
dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan.
Ulangi
proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
Tips:
Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada
2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu
hujung dengan getah bulat.
No comments:
Post a Comment