Kini memang ramai kecoh tentang amalan diet protein tinggi (dan rendah karbohidrat – kurang 100g sehari) yang juga menjanjikan penurunan berat badan yang cepat. Diet ini bukanlah fenomena baru
tetapi kini dipopularkan
lagi boleh penjual produk-produk suplemen MLM.
Pada awalnya diet protein tinggi dipopularkan
oleh Dr. Atkins, tapi kini juga diadaptasikan
oleh Dukan Diet dan lain-lain.
Tapi adakah ia selamat untuk diamalkan
untuk jangka masa berpanjangan?
Fakta Menarik Diet Tinggi Protein, Rendah Karbohidrat:
Berikut ada fakta menarik tentang amalan
diet tinggi protein dan karbohidrat
sangat rendah yang anda mesti
tahu.
1. Berat turun cepat: Penurunan berat
badan drastrik pada permulaan adalah air.
Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat
dalam diet, badan akan masuk “flush” mode
untuk buang air berlebihan. Di sini anda
boleh kurangkan 3-4kg pada minggi pertama
2. Berat naik drastik semula:
Now katakan anda amalkan diet
high protein, rendah karbohidrat
selama sebulan. Apabila anda
kembali kepada diet yang
lebih seimbang dengan nasi putih,
buah-buahan etc, berat air dan
nak dengan cepat semula.
Kenapa? Kerana water retention
banyak bergantung kepada
hubungan glukosa dan insulin.
3. Kurang lapar. Memang. Ini kerana insulin levels memang rendah dan tidak mempengarahi nafsu makan.
4. Jangka masa panjang: Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bi-hun, roti dan buah?
5. Turun air je ke? Tak jugak. Kalau lah anda betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600-1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci kepada penurunan berat badan.
6. Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperolehi daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
7. Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD, ketosis dikategorikan sebagai unhealthy metabolic state di mana ketones boleh merosakan fungsi organ dan menjadi pencetus kepada penyakit seperti gout (uric acid tinggi), kidney stones or kegagalan ginjal (kidney). Ketones juga kurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
8. Bahaya Lain? Pengambilan protein berlebihan memberi tekanan kepada fungsi ginjal (kidneys) badan. Lebih protein tingkatkan kerja ginjal dan sudah tentu lebih wear-n-tear akan berlaku kalau ia berteruskan untuk jangka masa berpanjangan.
9. Tapi berapa gram protein yang dikategorikan sebagai “tinggi”? Itu bergantung. Diet seimbang pesan 30% pengambilan kalori seharian. Formula lain mengatakan 0.7-1g protein untuk setiap pound (lb) berat badan.
10. Berapa gram pulak dikategorikan sebagai “rendah karbohidrat”? Sesetengah diet tinggi protein popular tidak membenarkan lebih 20g karbohidrat sehari. 20g karbohidrat bersamaan dengan 2x potong roti atau 4x paket gula meja kecil.
… tidak kira diet apa pun, kalau nak kurangkan berat badan wajib ada defisit kalori …
Jadi boleh diamalkan atau tidak?
Jawapan itu bergantung kepada pilihan diri anda sendiri. Anda sebagai pengguna ada hak untuk memilih tapi biarlah anda buat pemilihan berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas.
Amalkan balanced diet atau diet seimang dengan nisbah lebih kurang 55:30:15 karbohidrat:protein:lemak. Amalkanlah diet yang membolehkan anda tetap menikmati kehidupan dalam kesederhanaan dan yang paling penting untuk jangka masa berpanjangan.
Tuesday, 9 October 2012
Tuesday, 2 October 2012
7 PANDUAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN
Dibawah ini diturunkan tip-tip untuk cemerlang kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan..SELAMAT BERJAYA SEMUA..
Antaranya ialah :
- Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari. -
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan. -
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon. -
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan. -
- Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa hari ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
- Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
- Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
-
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
- Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, murid-murid akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti. Insyallah kejayaan sentiasa ada untuk orang yang terus berusaha…..wassallam.
Saturday, 23 June 2012
EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG LAMBAK, KLUANG.
Kesuruhan perjalanan ke puncak sepanjang 2 km yang mengambil masa 1 setengah hingga 2 jam. Pendakian bermula dari laluan bersimen sepanjang 500 meter bersebelahan Gunung Lambak Water Park. Kemudian pendaki akan masuk ke trek hutan yang terletak di sebelah kiri air terjun kecil. Trek agak curam pada setengah jam pertama pendakian. Terdapat tangga dan tali disediakan bagi memudahkan pendakian. Kemudian trek akan landai semula hingga anda tiba di satu kawasan untuk berkhemah. Di situ terdapat paip air, sebuah kolam mandi, bangku dan pondok rehat. Kemudahan untuk BBQ juga disediakan. 1000 kaki terakhir sebelum tiba puncak, pendaki akan melalui trek yang begitu curam atau trek pacak. Terdapat tali disediakan di tempat-tempat yang sukar. Laluan mempunyai kecuraman antara 70 hingga 85 darjah. Puncak Gunung Lambak agak luas boleh memuatkan hingga 10 khemah. Dari atas gunung pendaki boleh menyaksikan pemandangan arah utara dan timur. Gunung Tiong dan Gunung Bekok juga boleh dilihat sekiranya cuaca baik.
Bergambar sementara menunggu ahli lain tiba.
Inilah Muhd Adib Izuddin B Saharudin berumur 9 tahun yang telah berjaya menawan Puncak Gunung Lambak.
Mustafa, jurupandu,
jurulatih merangkap
motivator kita untuk
menjalankan ekspedisi ini.
Mus dah tak sabar mendaki
Buat streching dan warming up sebelum memulakan pendakian.
masing2 teruja ..
Mus da Adib dah ke depan... jauh meninggalkan kita ......good stamina.
Sempat bergambar
masa ni dah terasa
sangat cabarannya
mendaki gunung.
Berhenti rehat...dan memberi perangsang kepada Adib supaya meneruskan perjalanan ke puncak..
Inilah check point 1...ada 1000 kaki lagi ke puncak........
Kesuruhan perjalanan ke puncak sepanjang 2 km yang mengambil masa 1 setengah hingga 2 jam. Pendakian bermula dari laluan bersimen sepanjang 500 meter bersebelahan Gunung Lambak Water Park. Kemudian pendaki akan masuk ke trek hutan yang terletak di sebelah kiri air terjun kecil. Trek agak curam pada setengah jam pertama pendakian. Terdapat tangga dan tali disediakan bagi memudahkan pendakian. Kemudian trek akan landai semula hingga anda tiba di satu kawasan untuk berkhemah. Di situ terdapat paip air, sebuah kolam mandi, bangku dan pondok rehat. Kemudahan untuk BBQ juga disediakan. 1000 kaki terakhir sebelum tiba puncak, pendaki akan melalui trek yang begitu curam atau trek pacak. Terdapat tali disediakan di tempat-tempat yang sukar. Laluan mempunyai kecuraman antara 70 hingga 85 darjah. Puncak Gunung Lambak agak luas boleh memuatkan hingga 10 khemah. Dari atas gunung pendaki boleh menyaksikan pemandangan arah utara dan timur. Gunung Tiong dan Gunung Bekok juga boleh dilihat sekiranya cuaca baik.
Bergambar sementara menunggu ahli lain tiba.
Inilah Muhd Adib Izuddin B Saharudin berumur 9 tahun yang telah berjaya menawan Puncak Gunung Lambak.
Mustafa, jurupandu,
jurulatih merangkap
motivator kita untuk
menjalankan ekspedisi ini.
Mus dah tak sabar mendaki
Buat streching dan warming up sebelum memulakan pendakian.
masing2 teruja ..
Mus da Adib dah ke depan... jauh meninggalkan kita ......good stamina.
Sempat bergambar
masa ni dah terasa
sangat cabarannya
mendaki gunung.
Berhenti rehat...dan memberi perangsang kepada Adib supaya meneruskan perjalanan ke puncak..
Inilah check point 1...ada 1000 kaki lagi ke puncak........
Friday, 11 May 2012
REMAJA PERLU DIDEKATI BUKAN DIMUSUHI
Seringkali anak remaja yang telah melakukan kesilapan dipinggirkan oleh ahli keluarga, dicerca dan dimaki, sentiasa dicari kesalahan yang baru meski pun remaja tersebut berjanji tidak akan mengulanginya..
Pernahkah anda sebagai orang yang lebih dewasa mengajak anak-anak ini berbincang apa yang mereka inginkan dalam hidup mereka. Apa yang menjadi masalah mereka dan apa yang membuat mereka bertindak sedemikian rupa selama ini. Pernahkah anda sebagai ibu bapa memeluk dan merangkul mereka ketika mereka berdepan dengan masalah kawan-kawan di sekolah, bebanan kerja sekolah yang banyak, aktiviti yang padat di sekolah atau kurang fahamnya mereka terhadap pelajaran mereka. Ibu bapa perlu mencari masa untuk mendengar masalah mereka.Ajak mereka bersembang dan berkongsi aktiviti harian mereka.Remaja akan rasa lebih dihargai. Berdasarkan penelitian. Keluarga yang sering makan bersama, 75% anak mereka cenderung mengelak daripada melakukan tingkahlaku berisiko. Ayuh dekati remaja.....jangan memusuhi mereka..........
Monday, 7 May 2012
Anwar Suran Post: Wanita Paling Hensem Di Dunia!
Anwar Suran Post: Wanita Paling Hensem Di Dunia!: Wanita Paling Hensem Di Dunia! Jangan anda terkejut, gambar lelaki yang amat macho, hensem, bergaya serta boleh mencairkan hati gadis-...
Anwar Suran Post: Asal Mula Kewujudan Alam Semesta
Anwar Suran Post: Asal Mula Kewujudan Alam Semesta: Berita Alam Ghaib 1: Asal Mula Kewujudan Alam Semesta T ahukah kita, sebelum kewujudan alam semesta ini iaitu ketika belum adan...
Thursday, 26 April 2012
PROGRAM SAMUDERA-DARI HATI KE HATI
Bertempat di SMK Tengku Aris Bendahara.sekumpulan rakan kaunselor
daerah Kluang telah berpadu tenaga menjayakan program SAMUDERA kepada
80 orang pelajar perempuan. Peserta mengikuti ceramah sentuhan sanubari
oleh Ustaz Mohd Halmi. Slot ke2 diisi dengan kaunseling kelompok
bersama 9 orang peserta setiap kumpulan. Admin rasa sangat berbangga
kerana dapat membimbing sebilangan pelajar perempuan ke arah matlamat
hidup yang lebih positif. Program yang sangat bagus untuk diperluaskan
di seluruh sekolah daerah Kluang.
Barisan kaunselor daerah Kluang yang bertindak sebagai fasilitator.
Tekun mendengar ceramah......
Sesi rumusan...
Barisan kaunselor daerah Kluang yang bertindak sebagai fasilitator.
Tekun mendengar ceramah......
Sesi rumusan...
Labels:
ALBUM
Monday, 23 April 2012
Train of Trainers d' IRDA
2 hari berkursus bermula 18-19 April 2012 memberi banyak input yang dapat digunakan dan disampaikan kepada anak didik di sekolah. Suatu suasana yang baru apabila berkursus dalam suasana santai dengan berlatarbelakangkan Danga Bay ( dulu dikenalai sebagai Pantai Lido). Kadang-kala terasa berada di Venice pula...
Bersama rakan kaunselor ...
Antara peserta kursus dari daerah Segamat,Batu Pahat, Mersing, Kluang dan Johor Bahru
Pemandangan di waktu pagi di belakang bilik tempat kami berkursus...cantik.
Sempat berposing sebelum masuk ke bilik kursus..
Wednesday, 11 April 2012
SELANGKAH MENUJU KEJAYAAN BERSAMA ALUMNI 2008/2009
Program Selangkah Menuju Kejayaan telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada bekas-bekas pelajar SEMAKMUR dan calon SPM 2012 atas kerjasama yang diberikan. Mudah-mudahan atas usaha dan komitmen anda semua SEMAKMUR akan terus Hebat.....hebat...hebat...Terima kasih semua.......
Saturday, 7 April 2012
PROGRAM SELANGKAH MENUJU KEJAYAAN
TARIKH : 10.4.2012 ( SELASA)
MASA : 12.30TGH - 3.30PTG
SASARAN : TINGKATAN 5
PAKAIAN : PAKAIAN SEKOLAH HARI SELASA
( PJ/UNIFORM)
TEMPAT : DEWAN SEMAKMUR
P/S : Makanan tengahari disediakan...........
LAWATAN KE SEKOLAH HENRY GURNEY
Pada 30 Mac 2012(Jumaat) seramai 39 orang pelajar dan 4 orang guru telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Henry Gurney.Lawatan yang sungguh bermakna ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak termasuk pentadbir, guru, pelajar dan pihak Sekolah Henry Gurney (SHG) sendiri.admin sertakan beberapa keping gambar sepanjang berada di sana.....rakaman di dalam SHG tidak dibenarkan.
Papan tanda menuju ke SHG yang terletak di daerah Telok Mas, Melaka. |
Kami hampir tiba di perkarangan SHG...suasana dalam bas sunyi sepi..masing2 berdebar-debar termasuklah admin.. |
Taufik YDP MPP pun turut serta......semoga anak didik admin jadi pemuda yang berguna di masa hadapan.. |
Keberangkatan pulang para rombongan.......Ijam interframe nampak.... |
Suasana dalam bas tenang sahaja...pelajar pun sporting dan mengikut arahan..sebab ada Cikgu Pauzi dan Cikgu Mus agaknya...kalau tak adminlah tempat dia orang bermanja...tak terlayan..pening...... |
Subscribe to:
Posts (Atom)