Friday 1 November 2013

Anugerah Emas

Alhamdulillah..UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING dianugerahkan ANUGERAH EMAS Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kluang bagi tahun 2013...syukur Ya Allah atas anugerah yang diperoleh ini..tanpa izinMU tidaklah kami memperolehinya..ucapan setinggi penghargaan buat EN IBRAHIM B OMAR bekas pengetua SEMAKMUR yang banyak menyokong Unit Bimbingan dan Kaunseling,guru-guru, Majlis Perwakilan Pelajar, bekas pelajar dan pelajar-pelajar yang masih berjuang di SEMAKMUR...anugerah ini untuk anda semua...doakan kejayaan di peringkat negeru pula..AMIIIN...

Wednesday 24 July 2013

KUEY TIEW LADNA

Assalamualaikum semua....
Sempena bulan Ramadhan ini pening kepala juga saya nak memikirkan menu masakan untuk berbuka puasa..
Tapi hari ini saya telah menyediakan Kuey Tiew Ladna atas permintaan Adib...tak susah pun nak menyediakannya..lebih-lebih lagi apabila kena balik lewat petang sebab menyiapkan kerja yang tak habis-habis tu...
Kuey Tiew Ladna ini saya sediakan mengikut resepi sendiri dan menggunakan bahan2 yang ada di dalam peti ais sahaja...rasanya boleh tahan..sedaaaaap.....


  • Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap bersama  kicap manis  kemudian goreng tanpa minyak
  • Isi ayam- sukahati berapa banyak
  • Sotong - sukahati berapa banyak
  • 4 ulas bawang putih - di tumbuk
  • 2@ 3 sudu sos tiram
  • 7 biji cili api - nak pedas boleh tambah lagi
  • sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
  • 1 biji karot
  • seikat kailan
  • setongkol bunga kobis
  • Halia dihiris halus
  • 2 batang serai dititik
  • 2 biji bawang besar dimayang halus
  • sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkan kuah
  • Bawang goreng n daun ketumbar untuk hiasan.
  • Gula/Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. panaskan minyak. masukkan bawang putih/cili/halia bawang besar dan goreng sehingga kuning n naik bau..pastu masukkan ayam  yg dipotong kecil2.
  2. Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram ..tumis seketika. masukkan air rebusan ayam mengikut keperluan.
  3. biarkn mendidih seketika..kemudian masukan sayur-sayuran  terlebih dahulu.
  4. masukkan sotong, lada hitam/putih tumbuk, garam dan gula.
  5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
  6. kacau dan  setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas
  7. taburkan bwang goreng dan daun ketumbar.





SELAMAT MENCUBA :)