Wednesday 9 November 2011

ANNUAL DINNER SEMAKMUR

Salam SEMAKMUR,

















Hadiah cabutan bertuah...boleh isi ketupat, rendang, kuah kacang dan ayam goreng....hehehe

 Alhamdulillah, akhirnya jamuan akhir tahun dapat dijalankan di Prime City Hotel...emm..takda tempat lain ke? Tak kisahlah.. janji bukan bawah pokok. Geng-geng SEMAKMUR pun gembira kerana dapat melupakan seketika kerja-kerja di sekolah. Penulis pun sebenarnya penat juga.. baru balik dari JB hari itu. Cuma ada masa kurang 1 jam untuk ke jamuan makan malam ni. Apabila badan letih, perut kenyang apa lagi esoknya penulis terlewat ke sekolah... sorry bos!

Thursday 21 July 2011

KUIZ PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Pada 20 Julai 2011, Kelab PRS SEMAKMUR mencipta sejarah apabila berjaya menjadi Johan Kuiz Pembimbing Rakan Sebaya yang dianjurkan oleh Majlis Guru Kaunseling  Daerah Kluang.
PRS SEMAKMUR yang diwakili oleh  NorFarah Shairah bt Mohamad, NurAlhana Bt Mohd Amin, Siti Nadiah bt Abd Aziz dan Nurul Fadzilah bt Mohd Firdaus berjaya mengalahkan peserta lain yang mewakili 24 buah sekolah. Mereka melalui tiga kali pusingan pertandingan iaitu 24 buah sekolah pada pusingan pertama, 7 buah sekolah pada pusingan kedua dan 4 buah sekolah terbaik pada pusingan akhir.

Setelah berjaya memungut markah tertinggi akhirnya SEMAKMUR dinobatkan Johan Kuiz Pembimbing Rakan Sebaya bagi tahun 2011. Tahniah kepada pelajar SEMAKMUR..SEMAKMUR HEBAT! HEBAT! HEBAT!



Friday 24 June 2011

LAWATAN PROFESIONALISME YUSUF ISHAK SCHOOL SPORE

YIS SINGAPURA

Pada 21.6.2011 sekumpulan guru bimbingan dan kaunseling daerah Kluang telah mengikuti lawatan profesionalisme ke Yusuf Ishak School, Singapura. Lawatan disertai oleh 33 orang guru bimbingan dan kaunseling. Sangat teruja dan kagum dengan prasarana sekolah dan apa yang penting ialah sekolah tersebut sangat ceria, bersih dan tiada secalit contengan atau kesan tapak kaki pelajar.
Bagaimana nak terap values kat pelajar kita ni....peningnye kepala..