Wednesday 24 July 2013

KUEY TIEW LADNA

Assalamualaikum semua....
Sempena bulan Ramadhan ini pening kepala juga saya nak memikirkan menu masakan untuk berbuka puasa..
Tapi hari ini saya telah menyediakan Kuey Tiew Ladna atas permintaan Adib...tak susah pun nak menyediakannya..lebih-lebih lagi apabila kena balik lewat petang sebab menyiapkan kerja yang tak habis-habis tu...
Kuey Tiew Ladna ini saya sediakan mengikut resepi sendiri dan menggunakan bahan2 yang ada di dalam peti ais sahaja...rasanya boleh tahan..sedaaaaap.....


  • Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap bersama  kicap manis  kemudian goreng tanpa minyak
  • Isi ayam- sukahati berapa banyak
  • Sotong - sukahati berapa banyak
  • 4 ulas bawang putih - di tumbuk
  • 2@ 3 sudu sos tiram
  • 7 biji cili api - nak pedas boleh tambah lagi
  • sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
  • 1 biji karot
  • seikat kailan
  • setongkol bunga kobis
  • Halia dihiris halus
  • 2 batang serai dititik
  • 2 biji bawang besar dimayang halus
  • sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkan kuah
  • Bawang goreng n daun ketumbar untuk hiasan.
  • Gula/Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. panaskan minyak. masukkan bawang putih/cili/halia bawang besar dan goreng sehingga kuning n naik bau..pastu masukkan ayam  yg dipotong kecil2.
  2. Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram ..tumis seketika. masukkan air rebusan ayam mengikut keperluan.
  3. biarkn mendidih seketika..kemudian masukan sayur-sayuran  terlebih dahulu.
  4. masukkan sotong, lada hitam/putih tumbuk, garam dan gula.
  5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
  6. kacau dan  setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas
  7. taburkan bwang goreng dan daun ketumbar.





SELAMAT MENCUBA :)

Sunday 14 July 2013

TEKS PENGACARA PERAYAAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH









Salam semua, ini adalah teks pengacara yang saya tulis untuk Perayaan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang..Alhamdullillah, majlis pada hari itu dapat berjalan dengan lancar dan mendapat pujian dari semua pihak..syukur kepadaMu Ya Allah..Tema majlis pada hari tersebut adalah Futuristic dimana pengacara akan bergabung dengan paparan layar di dalam dewan...

TEKS PENGACARA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BAGI TAHUN 2013
Pengumuman

…Assalamualikum wbt..selamat sejahtera..
Tuan2 dan puan2..
Disini ada beberapa makluman yang ingin kami sampaikan…
1. Mohon kerjasama  semua warga dewan untuk mematikan telefon bimbit atau menukar kepada mode senyap sebaik sahaja majlis bermula.
2. Hadirin juga dimohon untuk tidak meninggalkan majlis sehingga tetamu kehormat kita meninggalkan dewan..
kerjasama semua sangat2 diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Ketibaan Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Hj Sarday
Exco Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday
Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota
merangkap
Exco Pendidikan, Penerangan ,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor
Warga dewan diminta berdiri .

Nyanyian Lagu/Persembahan Koir

- Bangsa Johor
- Semarak

Para hadirin dipersilakan  duduk

PAPARAN DILAYAR

KOIR GURU
SMK SULTAN ABDUL JALIL



Demikianlah rangkaian lagu medley
1. Terima Kasih Cikgu
2. Kami Anak Merdeka dan
3. Guru Anak Kampung
yang dipersembahkan oleh Kumpulan Koir dari SMK Sultan Abdul Jalil. Kumpulan Koir ini diketuai oleh Pn Khalisah bt Zulkifli dibawah pimpinan En Mohd Ridzuan b Lebai Ariffin
Majlis merakamkan jutaan terima kasih .
Solutasi

Assalamualaikum wbth…Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia

Yang Berhormat
Tn Hj Md Jais b Hj Sarday
Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor

Yang Berusaha
Tn Hj A. Manaf b Muslimin
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang

Yang Berusaha
En Kalamullah b Ali Redza
Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang

Yang Berusaha
En Ibrahim b Omar
Pengetua SMK LKTP Kahang Timur
merangkap
Pengerusi JK Pengelola

Yang Berusaha
En Mohd Noah b Mohd Yusuff
Pengetua SMS Sembrong
Merangkap
tuan rumah sambutan hari guru peringkat daerah

ketua-ketua jabatan, dif-dif kehormat, tuan-tuan pengetua, para guru besar, guru-guru yang dihormati seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan


Istana kota sebelas tingkat
Tempat baharu nakhoda pekan
Sama kata sama sepakat
Hari guru kita  raikan.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang  bagi tahun 2013  yang bertemakan ‘Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda’.

Tuan2 dan Puan2

Majlis mengalu-alukan kehadiran  YB Tn Hj  Md Jais b Hj Sarday
Exco Pendidikan, Penerangan ,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor
bersama dif-dif kehormat ke majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013.

Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian
-Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa.
-Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya.

Bacaan Doa

Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.
-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput  Ustaz Mohd Fahmi b Uzali  untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

PAPARAN LAYAR
DOA
DIPIMPIN OLEH : USTAZ MOHD FAHMI B UZALI
SMK LKTP KAHANG TIMUR
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fahmi b Uzali  dari SMK LKTP Kahang Timur atas  bacaan doa sebentar tadi.


Ucapan Yang Berusaha Pegawai Pendidikan Daerah Kluang


Tuan2 dan puan2 para hadirin yang dimuliakan
-Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha
Tn Hj A. Manaf b Muslimin
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
 bagi menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013.
Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berusaha
Tn Hj A. Manaf b Muslimin
Pegawai Pendidikan  Daerah Kluang
di atas ucapan sebentar tadi. 

Ucapan Perasmi

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan
Yang Berhormat  Tn Hj  Md Jais b Hj Sarday
 Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota
merangkap
Exco Pendidikan, Penerangan ,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor
Untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013.
Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.

Terbang melayang si anak kedidi,
terima kasih di ucapkan kepada Yang Berhormat  di atas ucapan itu tadi.
Pemotongan Kek

Seterusnya adalah majlis pemotongan kek sempena sambutan hari guru peringkat daerah kluang. Dengan itu majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj A Manaf b Muslimin, En Kalamullah b Ali Redza, En Ibrahim b Omar dan En Md Noh b Mohd Yusuf   naik ke atas pentas untuk mengiringi Yang Berhormat  Tn Hj Md Jais b Hj Sarday bagi menyempurnakan acara pemotongan kek.
Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana sudi menyempurnakan acara pemotongan kek sebentar tadi dan untuk makluman semua kek tersebut adalah sumbangan Bank Rakyat sebagai menghargai jasa guru di daerah Kluang ini. Terima kasih diucapkan.

Bacaan Ikrar
Tuan-tuan dan puan-puan

Beralih kita ke acara seterusnya dengan  menjemput
En Parmin b Radi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SMK Dato Hj Hassan Yunus untuk memimpin lafaz ikrar Guru Malaysia…Para hadirin diminta berdiri.

PAPARAN LAYAR

IKRAR GURU MALAYSIA
DIKETUAI OLEH : EN PARMIN B RADI
PEGAWAI TADBIR KRS DAERAH KLUANG
HADIRIN DIMINTA BERDIRI

Lafaz ikrar itu tadi dipimpin  oleh En Parmin b Radi , beliau juga merupakan pegawai Tadbir KRS Daerah Kluang. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Penyampaian Anugerah

PAPARAN LAYAR
 PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU INNOVATIF


Tuan-tuan dan puan2
Para hadirin yang dihormati sekalian

Acara diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada  guru-guru.

Dengan itu  majlis mempersilakan
En Ibrahim b Omar
Pengetua SMK LKTP Kahang Timur
Merangkap Pengerusi Jk Pengelola
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang
Untuk menjemput dan mengiringi

Tn Hj A Manaf b Muslimin
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
naik ke atas pentas bagi menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

Penerima Sijil Penyertaan Sempena Pertandingan guru Inovatif 2013 dipersilakan

Senarai Penerima Sijil Penyertaan

1.     Mohd Noor bin Asari  
      SMK Seri Lalang ( 631220-01-5759 )

2.       En. Zulkifli bin Hj Md Pungot                                    
       SMK Simpang Renggam ( 68072-01-5185 )

3.       En. Zulkifli bin Hussien           
       SMK Paloh ( 690131-01-5757 )

4.       Pn. Hjh. Noor Faridahwati  binti Asmuje     
       SMK Simpang Renggam (  791025-10-5778 )

5.       Pn. Oo Hwee Leng      
       SJKC Chong Eng ( 801123-01-6118 )

6    Pn. Lee Shiow Yuan      
      SJKC Chong Eng ( 670515-10-5294)                          

7.     Pn. LeeYit Ching     
      SJKC Chong Eng ( 790729-01-5060 )
   
  

1.         Johan Kumpulan
        SK Bandar T6      Pn. Azizah binti Othman
        ( 710729-01-5060 )
                                     Pn. Sarjana binti Dolah 
       ( 720713-04-5248 )


2.    Johan Individu Prasekolah
       Pn. Zainom binti Bahman ( 710421-01-6120 )
      SK Kampung Melayu

3.   Johan Individu Sekolah Rendah
      Pn. Wong Ka Mei (770530-01-6204 )
      SK Bandar T6.

4.       Johan Individu Sekolah Menengah
       En. Mahzan bin Md. Hassan ( 730727-01-7079 )
      SMK Dato Abdul Rahman Andak

Berikut ialah penerima Anugerah Guru Ikon

Bagi kategori Guru Ikon Sukan
Dipersilakan

Ikon Sukan
1.  En Ganesan A/L Nallaiah

Ikon Kokurikulum
1. En Megat Mohd Nizar b A. Rahman

Ikon Akademik
1.Pn Hjh Rahmah bt Sayuti


ANUGERAH GURU PAKAR IT

1. En Mohd Mazlan b Husin

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan PPD kerana sudi menyempurnakan majlis dan tahniah diucapkan kepada penerima anugerah

Persembahan Khas 1 Malaysia


PAPARAN LAYAR
 PERSEMBAHAN KHAS 1 MALAYSIA

Terus masuk sajak

Persembahan sajak 1 Malaysia  telah dijayakan oleh
1. Pn Nur Faiza bt Borhan SK Sri Lalang
2. Pn Yap Yen Hua SJK ( C ) Chong Hwa 1
3. En Kumarasan A/L Manipal
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan itu tadi.

Penganugerahan Tokoh Guru 2013

Tuan-tuan dan puan2

         ( Video Biodata Tokoh Kepimpinan dipaparkan )

Untuk menyampaikan anugerah Tokoh Guru Kepimpinan, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tn Hj A Manaf b Muslimin
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
Untuk mengiringi
Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday
 Exco Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.
Naik ke pentas bagi menyempurnakan acara penganugerahan  Tokoh Guru 2013..

Anugerah Tokoh Kepimpinan 2013 diberi kepada

TN HJ HAMZAH B RAMLI
MANTAN PENGETUA
SEK MEN AGAMA KERAJAAN JOHOR
Tokoh  Kepimpinan akan menerima
Wang Tunai RM1000 beserta hadiah iringan


( Video Biodata Tokoh Guru  dipaparkan )


Anugerah Tokoh Guru 2013 diberi kepada

TN HJ SHUKOR B PANEK
MANTAN GURU BESAR
SK SIMPANG RENGAM


Tokoh Guru 2013 akan menerima
Wang Tunai RM1000 beserta hadiah iringan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YB kerana sudi menyempurnakan majlis dan tahniah diucapkan kepada penerima anugerah.

Penyampaian cenderamata
Majlis seterusnya mempersilakan  Yang Berusaha Tn Hj A. Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang menyampaikan cenderamata kenang-kenangan  kepada  Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday.
ADUN Mahkota
Merangkap  Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor


Dipersilakan.

Diminta semua penerima anugerah,Tuan PPAD, Tuan Pengetua SMK LKTP Kahang Timur, Tuan Pengetua Sains Sembrong untuk sama-sama berada diatas pentas bagi sesi  bergambar.
Lagu Negaraku /Penutup



Dengan  berakhirnya penyampaian anugerah Tokoh Guru  dan cenderamata itu  tadi maka majlis pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya. Syabas dan tahniah kepada warga pendidik daerah kluang  kerana dapat bersama-sama dalam sambutan hari guru peringkat daerah bagi tahun ini.

Bersenjatakan pena keramat
Berbekalkan ilmu di dada penuh sarat
Melangkah sang guru penuh semangat
Ke gelanggang Pendidikan untuk berkhidmat
Dengan satu misi dan matlamat
Semoga  jasa guru mendapat rahmat
Demikian sifat guru berkualiti
Kerana sememangnya Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda

Sebelum majlis menutup tirainya
Terima kasih daun keladi
Panjang umur kita sambut lagi
Buat guru kami  sudahi
Selamat hari guru buatmu dikasihi
Jasa guru terpahat dihati
Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku

Jamuan

Majlis menjemput  dif-dif kehormat untuk menikmati  jamuan  di kawasan lobi di hadapan dewan ini.
Manakala kepada guru-guru yang lain makanan adalah berbentuk ‘take away’

Sekian …Wabilahitaufik walhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan terima kasih.