Thursday 26 April 2012

PROGRAM SAMUDERA-DARI HATI KE HATI

Bertempat di SMK Tengku Aris Bendahara.sekumpulan rakan kaunselor daerah Kluang telah berpadu tenaga menjayakan program SAMUDERA kepada 80 orang pelajar perempuan. Peserta mengikuti ceramah sentuhan sanubari oleh Ustaz Mohd Halmi. Slot ke2 diisi dengan kaunseling kelompok bersama 9 orang peserta setiap kumpulan. Admin rasa sangat berbangga kerana dapat membimbing sebilangan pelajar perempuan ke arah matlamat hidup yang lebih positif. Program yang sangat bagus untuk diperluaskan di seluruh sekolah daerah Kluang.







Barisan kaunselor daerah Kluang yang bertindak sebagai fasilitator.





Tekun mendengar ceramah......





Sesi rumusan...

Monday 23 April 2012

Train of Trainers d' IRDA


2 hari berkursus bermula 18-19 April 2012 memberi banyak input yang dapat digunakan  dan disampaikan kepada anak didik di sekolah. Suatu suasana yang baru apabila berkursus dalam suasana santai dengan berlatarbelakangkan Danga Bay ( dulu dikenalai sebagai Pantai Lido). Kadang-kala terasa berada di Venice pula...
 Bersama rakan kaunselor ...


 Antara peserta kursus dari daerah Segamat,Batu Pahat, Mersing, Kluang dan Johor Bahru
 Pemandangan di waktu pagi  di belakang bilik tempat kami berkursus...cantik.
 Sempat berposing sebelum masuk ke bilik kursus..


Wednesday 11 April 2012

SELANGKAH MENUJU KEJAYAAN BERSAMA ALUMNI 2008/2009

Program Selangkah Menuju Kejayaan telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada bekas-bekas pelajar SEMAKMUR dan calon SPM 2012 atas kerjasama yang diberikan. Mudah-mudahan atas usaha dan komitmen anda semua SEMAKMUR akan terus Hebat.....hebat...hebat...Terima kasih semua.......


















Saturday 7 April 2012

PROGRAM SELANGKAH MENUJU KEJAYAAN

TARIKH   :  10.4.2012 ( SELASA)
MASA        : 12.30TGH - 3.30PTG
SASARAN : TINGKATAN 5
PAKAIAN :  PAKAIAN SEKOLAH HARI SELASA
                      ( PJ/UNIFORM)
TEMPAT  : DEWAN SEMAKMUR

P/S : Makanan tengahari disediakan...........

LAWATAN KE SEKOLAH HENRY GURNEY

Pada 30 Mac 2012(Jumaat) seramai 39 orang pelajar dan 4 orang guru telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Henry Gurney.Lawatan yang sungguh bermakna ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak termasuk pentadbir, guru, pelajar dan pihak Sekolah Henry Gurney (SHG) sendiri.admin sertakan beberapa keping gambar sepanjang berada di sana.....rakaman di dalam SHG tidak dibenarkan.
Papan tanda menuju ke SHG yang terletak di daerah Telok Mas, Melaka.
Kami hampir tiba di perkarangan SHG...suasana dalam bas sunyi sepi..masing2 berdebar-debar termasuklah admin..



Bertuahlah pelajar yang dapat mengikuti lawatan ini..bukan senang nak dapat kelulusan lawatan ni..banyak prosedur perlu dipatuhi...walau pun menghadapi pelbagai cabaran semasa proses pengurusan lawatan...admin rasa puas sebab akhirnya semuanya dapat berjalan dengan lancar..

Taufik YDP MPP pun turut serta......semoga anak didik admin jadi pemuda yang berguna di masa hadapan..

Keberangkatan pulang para rombongan.......Ijam interframe nampak....

Suasana dalam bas tenang sahaja...pelajar pun sporting dan mengikut arahan..sebab ada Cikgu Pauzi dan Cikgu Mus agaknya...kalau tak adminlah tempat dia orang bermanja...tak terlayan..pening......


KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2012

 24-25.3.2012 bertempat di Tiram Indah Village, Ulu Tiram telah diadakan Kursus Kepimpinan Pelajar dan Perkhemahan Perdana Koko.
Admin post sebahagian daripada rakaman peristiwa sepanjang berada disana

Sebahagian guru yang mengikuti program, Cikgu Suhana dan Cikgu Rosmawati.


                Peserta sempat bergambar selepas majlis
               penutupan.Tak dapat bergambar di luar sebab hujan.
                               


                                  



Apa yang Cikgu Fauziah gelakkan tu...hahahaha


                                Wah.....Ridhwan ..seronok nampak..


Banner program...tq kpd AJK Banner..nasib baik siap..



                         Sedang menjalani Ice-Breacking


Ni Villa tempat kami menginap dan bertungkus-lumus menyediakan keperluan aktiviti pelajar..
Siang malam berjaga........
.Penat mak tau...................................