Thursday 21 July 2011

KUIZ PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Pada 20 Julai 2011, Kelab PRS SEMAKMUR mencipta sejarah apabila berjaya menjadi Johan Kuiz Pembimbing Rakan Sebaya yang dianjurkan oleh Majlis Guru Kaunseling  Daerah Kluang.
PRS SEMAKMUR yang diwakili oleh  NorFarah Shairah bt Mohamad, NurAlhana Bt Mohd Amin, Siti Nadiah bt Abd Aziz dan Nurul Fadzilah bt Mohd Firdaus berjaya mengalahkan peserta lain yang mewakili 24 buah sekolah. Mereka melalui tiga kali pusingan pertandingan iaitu 24 buah sekolah pada pusingan pertama, 7 buah sekolah pada pusingan kedua dan 4 buah sekolah terbaik pada pusingan akhir.

Setelah berjaya memungut markah tertinggi akhirnya SEMAKMUR dinobatkan Johan Kuiz Pembimbing Rakan Sebaya bagi tahun 2011. Tahniah kepada pelajar SEMAKMUR..SEMAKMUR HEBAT! HEBAT! HEBAT!