Monday 25 February 2013

Contoh Minit Mesyuarat



PK 07/3


SMK LKTP KAHANG TIMUR, KLUANG
MINIT MESYUARAT KELAB BOLA BALING BIL 1 / 2012

Tarikh                          : 12 April 2012
Masa                            :  2.45 petang
Tempat                        :  Bilik Pendidikan Khas SMK KT
Pengerusi                     :  Muhammad Nur Akmal Bin Mahbob
Kehadiran(Bilangan)   : 10/10 orang
Turut Hadir (Jika ada) :   1. Pn. Suria Binti Othman
                                      2. En. Azman Bin Mazlan
                                      3. Pn. Rosmawati Binti Abdullah
                                      4. Pn. Siti Aminah Binti Nain
                                      5. Pn. Norhafizah Binti Jemaan

1
PERUTUSAN PENGERUSI
1.1  Ucapan salam keislaman kepada semua ahli mesyuarat dan 
        memulakannya  dengan Al Fatihah
1.2   Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali merupakan mesyuarat
        pertama bagi tahun 2012 dan merupakan tahun pertama beliau 
        menjadi pengerusi. Harapan beliau  agar semua jawatankuasa 
       dapat memberi kerjasama bagi meningkatkan kecemerlangan 
        Kelab Bola Baling.

2
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dibentang oleh Muhammad Syahmi Faris Bin Mohd Ayob
Dicadang untuk disahkan oleh Nurul Shahda Binti Razali
Disokong untuk pengesahan oleh  Nuridayu Sufatin Najwa

3
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
                                                                                                               
4
PERBENTANGAN PERTANDINGAN BOLA BALING PEREMPUAN
4.1    PERLANTIKAN JAWATANKUASA PERTANDINGAN
        Pengerusi memaklumkan Pertandingan Bola Baling akan diadakan pada 
         26 April 2012, hari Rabu jam 3.00 petang sempena Bulan Kelab Bola Baling. 
       Pengerusi  menyenaraikan Jawatankuasa yang  terlibat dan bidang tugas masing-masing.       
       Jawatankuasa pertandingan rujuk Lampiran A
Tindakan: Jawatankuasa Pertandingan

     
  
4.2    PERATURAN PERTANDINGAN
       Pengerusi menerangkan peraturan pertandingan yang akan dijalankan dan 
       meminta persetujuan  daripada ahli mesyuarat. Ahli mesyuarat sebulat suara 
       bersetuju untuk mengadakan pertandingan  berdasarkan peraturan tersebut. 
       Peraturan pertandingan rujuk Lampiran B.
Tindakan: Jawatankuasa Pertandingan

5
HAL-HAL LAIN
5.1    Pn. Suria mengharapkan kerjasama daripada semua jawatankuasa agar 
         pertandingan ini dapat dijalankan dengan lancar. Segala pemasalahan sebelum,
         semasa dan selepas pertandingan hendaklah dimaklumkan kepada semua guru 
          penasihat.
Tindakan:  Jawatankuasa Pertandingan   

 
PENUTUP
a.    Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.
b.   Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang

 
                Disediakan  oleh,                                   Disemak  Oleh,
 
..................................                       ……............................................
( MUHAMMAD SYAHMI FARIS BIN MD AYOB)                     (MUHAMMAD AKMAL BIN MAHBOB)
         Setiausaha                                                     Pengerusi
   Tarikh :  14 April 2012                                          

2 comments:

  1. kalau mesyuarat masjid pon format cmni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. karaakun, Format mesyuarat ini mengikut Standard Pengurusan Sekolah Kualiti. Sangat
      bagus untuk dijadikan contoh.

      Delete